Want your
own Fotopage?







 
r.o.s.e. m.a.n.i.s.a.h. f.o.t.o.p.a.g.e.s.

By: rose manisah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Sunday, 7-Sep-2008 13:28 Email | Share | | Bookmark
uncle luqman's wedding


we went to uncle luqman's wedding, another papa's best friend..We met cute Jupa once again..

Care to comment?


Monday, 11-Aug-2008 18:15 Email | Share | | Bookmark
children's psychosocial & emotional development

Assalamualaikum..

Sampai saat ini, mama masih rasa menyesal sebab tinggalkan hafiy sorang-sorang atas sofa petang tadi. Kesudahannya, hafiy jatuh dari sofa dan happen to be, sofa tu dekat pulak dengan coffee table..mama tinggalkan tak sampai 3 minit, (nak menjenguk baju hafiy dalam mesin basuh)..alih-alih mama dengar, suara hafiy senyap dan lepas tu meraung kuat.. Ya Allah..dalam hati mama dapat agak..mesti something bad happened to my boy..dan mama tengok hafiy tertiarap dekat dengan coffee table..hmm kesan nya ada dekat dahi sebelah kiri dan dagu..memang mama wonder macamana hafiy jatuh tadi.. terlentang ker? tertiarap ker?..hopefully, hafiy jatuh tertiarap, so tak de la effect kepala sangat.. sedih..memang sedih..kenapa lah lalai dan cuai sangat??? Sepatutnya, mama lebih berhati-hati sebab hafiy sekarang dah pandai pusing-pusingkan badan dia bila meniarap. even atas katil pun tak boleh tinggal.sangat bahaya..

Untuk memastikan hafiy tak de apa-apa..mama dan papa bawa hafiy ke klinik pakar kanak-kanak annur, bangi. Kebetulan ramai pulak parents yang bawa anak nak jumpa doktor. Bagusnya, klinik tu sediakan mainan untuk anak-anak. So, dapat lah mereka main sambil menunggu giliran.

Dalam ramai-ramai anak-anak tu, mama tertarik melihat seorang anak berusia lebih kurang setahun lebih.Mungkin baru dapat "kaki". Seronok tengok dia berjalan ke sana ke mari. Kemudian, berhenti untuk bermain papan gelongsor mini. Tetapi yang menarik perhatian mama, dia naik bukan dari tangga tetapi dari arah bertentangan (tempat yang digunakan untuk menggelongsorkan badan).Parents anak tersebut ada di sebelah, tetapi tidak menunjukkan cara yang betul kepada anak tersebut.

Kemudian, tiba-tiba datang seorang budak perempuan berusia lingkungan 5 tahun merampas papan gelongsor mini dari anak yang pertama tadi. Ibu budak perempuan itu ada berdekatan tetapi hanya membiarkan si anak berusia setahun itu beralah pada si anak beliau yang jauh lebih tua.

Kenapa tidak dibimbing anak-anak tersebut? Mungkin ramai ibu bapa yang memandang remeh perkara sebegini.Contohnya, dalam kes yang pertama, apa salahnya jika si ibu atau si bapa menunjukkan cara yang betul untuk menaiki papan gelongsor kepada si anak. Secara tidak langsung membantu anak belajar sesuatu yang baru dengan cara yang betul. Kini, ramai ibu bapa yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada anak-anak, tetapi tidak ramai yang mengambil peluang untuk duduk sama belajar dengan anak-anak. Manakala, dalam kes yang kedua, si ibu sepatutnya tidak membiarkan si anak merampas mainan anak lain. Si ibu boleh menegur anaknya dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh," Mungkin kakak boleh kongsi mainan ni dengan adik ni, adik ni pun nak main jugak, kakak kan kakak yang baik" itu mungkin sudah cukup untuk membentuk perkembangan moral seseorang kanak-kanak. Supaya dia tahu apa yang betul dan apa yang salah dalam sesuatu perbuatan yang dilakukannya.

Semua pelajaran ini penting untuk membentuk sahsiah diri seorang anak. Walaupun ianya tidak disampaikan secara formal di sekolah. Di situ lah, peranan ibu bapa dalam menunjuk ajar anak-anak. Mungkin di siang hari ibu bapa sibuk bekerja, dan kebanyakan anak-anak di letakkan di bawah jagaan pusat atau individu yang dipertanggungjawabkan. Namun, ini tidak bermakna, perkembangan emosi dan psikososial anak-anak diabaikan. Contohnya, ruang masa menunggu giliran di klinik adalah satu contoh terbaik di mana ibu bapa boleh meluangkan masa untuk melihat, memerhati dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak. Sebenarnya, kalau kita memuhasabah banyak yang kita boleh pelajari dari si kecil comel yang ada.

Ini semua bukan kritikan atau merasa diri betul, tetapi sama-sama untuk diambil pengajaran dan ikhtibar dari apa yang berlaku di sekeliling. Semoga kita sentiasa memuhasabah diri dan memperbaiki diri dalam kehidupan seharian kita. Amin
Salam.

ingatan yg baik utk semua.. Sun 14-Sep-2008 19:02
Posted by:Fatin fromchina88@gmail.com  - [Link]
Dh beso Hafiy yea...nanti raye sakan la yea..tiap2 jam bole tukar baju...nanti balik beraya kat mane? Kalau balik kg kt Losong dtgla jalan2 kat rumah Thu 25-Sep-2008 03:14
Posted by:hasnah hasnah@psas.edu.my
hasnah,
tahun ni turn raya kat teganu..sooooo excited.maklum la dh setahun tak balik(teruk nyer rasa ).Nah,nak tgk gambo baby..sape ker nama tuh..unty rose lupe la.. .Nanti leh kawan ngan Hafiy k
Thu 25-Sep-2008 04:05
Posted by:rose  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 29-Jul-2008 16:19 Email | Share | | Bookmark
hepy..hepy..

dialog antara suami dan isteri di malam 29th July 08..
"mama turun jap"
" apa dia" nada tak puas hati jerk.. maklum la hati tgh tak keruan tgk baju berlonggok tak b'lipat..
tapi mama turun jugak la cos husben dah panggil kan..hehehe
sambil mama turun tangga..
" nih haa hafiy nak wish besday kat mama"
Ya Allah..terkejut nya mama tengok ada kek kat atas coffee table..
dah lah lampu padam..ada lilin nyala2 lak tuu alaa.romantik nyer..
alahai cute nyeer tgk hafiy kat atas riba papa dier..
nak tunggu mama tiup lilin..
"jom hafiy, kita nyanyi, mama hafiy dah tua..dah 28"..iskh..iskh..(papa nih tua2 sensitif tau )
hafiypon sama 2 nyanyi " happy besday" to mama..
hilang penat mama..dah tak ingat kain tak lipat
thanks papa..sayangggg papa ngan hafiy
meh layan gambo kek sempena hari jadi mama yang ke 28..


nih la budak kocik yang bersubahat wat suprise ngan papa dier..
pandai sungguh..diam jerk ek





hepi besday rose...semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki aminnn... Tue 5-Aug-2008 06:26
Posted by:aishah aris
rose..aku kah sahabat ko yang terlupa nak wish bday?..sori sangat..semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki..and.yup..my in law will move to putrajaya precint 10 but end of this year..nanti kita calling2 yer...muah...luv you too Tue 5-Aug-2008 16:00
Posted by:naa
Nat, Chah, Naa,
Terima kasih
Mon 11-Aug-2008 19:17
Posted by:mrs wan yusran  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 28-Jul-2008 06:49 Email | Share | | Bookmark
cuti-cuti malaysia

baru balik dari Genting HIghland..cuti-cuti malaysia..
penat jugak rasanyer..
dah lama tak g cuti nih..
actually tak plan pon, tetiba jer papa ajak g cuti last friday..
malam tuh jugak kitaorang gerak g Genting..
nasib la ada bilik..sebab sekarang ni musim tourist dari Middle East..
so, most of hotel fully booked..
meh layan hafiy@Awana,Genting.


nih la anak bujang sorang..
manja sangat ngan papa dier tuh..
nak berkepit jerk..


nih kitaorang g minum kat kedai 1 meter teh..
satu gelas kocik tuh RM 5 hinggit..tak hengat..
menurut akak yang jual tuh..teh tarik la antara minuman yang paling murah yang dijual kat situ..
..


enjoy..

p/s: semalam mama dapat sms dari unty fariza..TAHNIAH kak cos dapat baby boy, tambah lagi kawan hafiy..nanti hafiy datang tgk baby k.




Aslmklm.. Salam perkenalan.
cute sungguh hafiy, tambah2 kat pp tu. UnT takde anak so kalau tgk baby yg cute mcm meroyan jer.
~english home deco~ http://yangdahlia.fotopages.com
Tue 29-Jul-2008 16:11
Posted by:yangdahlia yangdahlia@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 28-Jul-2008 06:00 Email | Share | | Bookmark
back dated entry

salam semua
hmm lama sungguh tak update fp..almost 3 weeks ago, hafiy dapat kunjungan dari kawan-kawan hafiy..hehehe lama nyer baru mama nak update..sabtu, umar faruq datang (faruq ni anak coursemate papa masa kat UIA, uncle KZ)..
Umar faruq nie lahir sama bulan ngan hafiy..2.3.2008..nanti dah besar leh main futsal ngan hafiy

pas tuh,'girlfriend' hafiy lak datang..
nie lah girlfriend hafiy..Zehra Zulfa (Jupa ni anak best friend papa, uncle Zairen)..
comel kan Jupa nih..jupa nie dah 9 bulan..kejap nyer masa berlalu..dah besar dah anak dara nih..

nie Jupa bawak hadiah untuk hafiy

thanks uncle Zairen n unty Mona..cute sangat..nanti boleh la hafiy pakai time raya nanti..tak payah mama beli baju untuk hafiy hahahaha..
neway thanks to uncle Kz&unty Iffah& faruq..
also to uncle Zairen&unty Mona for visiting hafiy..
next time datang la lagi yea..

Care to comment?


Thursday, 17-Jul-2008 09:44 Email | Share | | Bookmark
happy ........months


Rose,
Terima kasih kerana sudi hadir ke jamuan kecil Alieya. Rasa seronok pulok dapat jumpa maklum le dah lama tak dapat bersembang, kan... Dah kenal rumah akak lain kali datanglah lagi ye

Momentum hari ni kurang le. Cuaca mendung kat luar menambahkan kemalasan nak jenguk tesis .. haii kalau macam ni bilalah nak siap literature!!

Malasnye .. ngantuknye ..
Tue 22-Jul-2008 05:03
Posted by:Fariza
hehehe...
akak,
no problem.nanti hafiy dtg tgk baby plak ahaks
iskh..iskh..iskh..cuaca jugak yang disalahkan..semangat kak..semangat kak..
Tue 22-Jul-2008 06:30
Posted by:mrs wan yusran  - [Link]
Alaa comey nya Hafiy ni...debab tul !! mcm nak makan je pp dia, nnt tak cukup pp Khalysh anty Sarah nak makan pp Hafiy plak ble? ...Khalysh skang dah 4 bulan 23 hari dah...terre Hafiy meniarap ...Khalysh ni plak time sibuk2 nak pakaikan baju masa ni la nak meniarap...time suh meniarap tak nak meniarap plak... Wed 23-Jul-2008 00:42
Posted by:ibu KHALYSH  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 05:45 Email | Share | | Bookmark
entry mama

Entry kali ini tidak ada kena mengena langsung dengan hafiy.Dalam ruang masa yang terhad dek hambatan masa yang menghambat, mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama. Buat masa ini, pembelajaran mama masih lagi terkapai-kapai..tiada kesudahan lagi..proposal mama masih lagi tidak nampak bayang dan rupanya.mungkin terlalu banyak masa dihabiskan dengan mencari literature review..tetapi dalam terkapai-kapai itu, mama berterima kasih pada kawan-kawan seperjuangan yang memberikan tunjuk ajar dan ilmu yang tidak putus-putusnya.Memang ilmu Allah ini tiada putusnya, semakin kita gali semakin kita rasa betapa kita ini serba kurangnya.betapa kerdilnya kita..walau setinggi mana ijazah yang ingin kita gapai..dalam kontek mama, phd ini mungkin hanya sekecil biji sawi dalam lautan ilmu Allah yang luas ini.

Pada pendapat mama, sokongan sosial orang dikeliling juga banyak membantu.Teringat mama kenangan semasa pengajian di peringkat masters.Masa itu, tiada tekanan lain kecuali berkaitan dengan study.pernah mama menangis sebab data hilang dan dateline yang menghambat, tetapi tika itu, mama beruntung kerana mama dikelilingi dengan sahabat2 yang sentiasa memberi semangat dan perkongsian ilmu kami tak pernah henti. Kini, situasi nya amat lah berbeza, dengan peranan sebagai pelajar, pada masa yang sama sebagai ibu..mama masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan situasi baru ini. Di peringkat pengajian ini, kita mesti pandai membawa diri, meluaskan kontek pergaulan (kerana kadang-kadang ilmu diperolehi dalam pembelajaran tidak formal dan walaupun dalam perbualan yang tidak sampai 10 minit).

Selain itu, santapan fizikal dan rohani juga penting dalam mengiringi perjuangan yang belum selesai ini. Hobi baru mama alhamdulillah sedikit sebanyak membantu mama memberi kudrat dalam menyelesaikan tugasan harian..perjalanan yang jauh dari Putrajaya ke Bangi serta komitmen yang tinggi menghantar dan menjemput hafiy dari nursery memang memerlukan tenaga yang banyak. sudahnya dipenghujung hari mama sudah kepenatan...harapan mama hobi baru dipagi hari dapat membantu.cuma konsistensi amatlah diperlukan.Moga mama lebih berdisiplin dan konsisten dengan self-monitoring task ini. Amiin.


Care to comment?


Saturday, 28-Jun-2008 02:49 Email | Share | | Bookmark
hafiy lagi :)

::Sabtu
bangun tido pagi2 mama tgk kaki hafiy..tergelak sowang2 mama kat situ..macamana anak teruna sorang nih tido..iskh..iskh..BUAS sungguh! stoking bole tinggal separuh? ikut sape la tuh???

Hmm ptg tuh atuk, nenek,moyang hafiy datang..sajer dorang nak kenal umah..cos since kitaorg move in ke Putrajaya nih..moyang hafiy tak penah sampai sini lg..then, malam tuh, kitaorg g makan ikan bakar kat Yunkies Hut, Bangi.
nih la nyang saye..kat atas tuh nenek2 saye..

::Ahad
kitaorang kuar g Alamanda..sajer jalan2 cari pasal
hafiy dapat jacket baby poney mama dapat kasyut , time kaseh papa


cantek tak kasut mama?
kitaorg sampai umah kul 10.30 gak la, nasib la dekat jer..then mama letak hafiy atas katil..sekali taraaaaaaaaaaaaa....
hafiy meniarap??
terkejut nyer mama (sempat mama grab camera )..mama tgk tangan dh tersepit kat bawah..still lg tak pandai nak manage tangan tuh..first trial ke hafiy? well done sayang

ni la grupa nya bila hafiy meniarap sambil posing ngan jacket baru .enjoice!

ooo nie mama nak share ngan korang..first time mama beli barang secara online..
nih cadar english style..cantek kan?

nak? masuk sini http://aishaharis.fotopages.com/
p/s: cadar tuh dh sampai.tq chah..beli yea..nanti rose borong lagi
nih plak barang sape lagi..kalo tak si hafiy bucuk mama nih..

nie mama beli kat BBstore..time kaseh syerah for the info..
masuk sini http://www.mybbstore.com/
oklah takat ni dulu..nanti update lg..
daa




hoh..kecik no gambo kat atas tu...takper..yg penting hafiy nyer pics clear.....muah2 hafiy...mama hafiy,bila nak gossip?hujung tahun most probably parent in law aku move in to precint 10..kita jumpa slalu k... Fri 4-Jul-2008 16:42
Posted by:naa
hi che rose!wah,comel nye ank mg..geram tul tgk..bila la leh jumpa mg lg,last jmpa pn time kndri mg ari tue.. Sat 5-Jul-2008 05:53
Posted by:eiyDila
Salam kenal Rose...dtg kunjungan balas. comel Hafiy....terutama posing dg jaket baru..
re; Rina my biras...kalau balik cuti ada gak pergi kedainya tp balik tempoh hari tak sempat pergi tp sempatlah jumpa Rina..
Sat 5-Jul-2008 08:20
Posted by:mamasya  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 26-Jun-2008 05:15 Email | Share | | Bookmark
Sempurna -Gita Gutawa


Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Care to comment?


Monday, 23-Jun-2008 18:22 Email | Share | | Bookmark
EP syotak :)

 
 
At last jumpa jgk Cheeky Monkey Salon nih..thanks unty Gotot!
nasib baik la mama sempat tepon unty gotot dulu, kalo tak nyaris2 nak pegi KLCC..
actually, mama terbaca pasal salon nih dalam majalah pa&ma..
Salon nih milik Elyna Datuk Seri Effendi..alah yg penerbit program kat NTV7 tuh..
apa yg mama tertarik kat salon nih cos services dia..
ada service potong rambut dari semua lapisan kanak-kanak from birth sampai remaja..
ada medicure, pedicure, spa pon ada tp sume untuk children la..(tp idok le hafiy, bdk pompuan leh la )
dua hari kitaorg kuar cari, kat majalah tuh dia tulis salon tu kat shopping complex terkemuka di Ampang..
punya lah semangat mama n papa cos dh tak tahan tgk rambut hafiy dh panjang sgt..
nak buat cukur jambul ntah bila kan..
cos hafiy nyer rambut sejak lahir mmg lebat..
then hari ahad kuar, mama lak salah info..ingatkan dkt the Curve..
dh tanya2 sorang pon tak tahu..
then gamble ke One Utama, org kat info kaunter pon tak penah dgr..
tak puas hati esok nye kebetulan papa mc..bila tgk papa dh OK sket mama ajak kuar hehehe
then g Ampang Point..pon org kat info kaunter ckp 'tak penah dgr cik' hehehe
tgh2 makan kat McD, teringat kat member mama..Gotot yg kawen ngan org ampang..
hahaha nasib la ko tahu gotot..kalo tak menangis aku ngan naim hahaha
rupa2nyer kat GREAT EASTERN Mall..mama n papa pon tak penah sampai..
tapi kat area ampang gak la..
nasib la tak ramai org..hari isnin kan, org keje..
kalo tak pekerja dia ckp kena wat appointment kalo dtg weekend cos ramai..
hmm mula2 kitaorg ingat nak potong sket je rambut si hafiy nih..
but then dorang kata better shave terus shotak..senang sket la cos babykan..
hehehe apa lg menjerit la EP bila start shave kepala dia..
abis rambut dia yg lebat tuh..sayang sungguh..
then dorang cakap kalo nak simpan rambut nih pon tak pe..
siap offer buat sijil tp charge lain la..
nih shotak saje RM 25..
pas dh shotak mama siap mandi n tukarkan baju hafiy lg kat situ..
hafiy pon kan main gelak lg..selesa lah tuh kepala dah togel..
hehehe..
so, nih lah gambo2 hafiy sepanjang experience nak ditogelkan kepalanya (gambo ms togel kepala tak dapat dirakam kerana EP menjerit sampai gabra sume org )..enjoice!

before outing -Day 1

before shotak-Day 2

after shotak

1+2+3=A happy family wif togel boy

daa..

apasal tak tanya aku rose wei...last 2 months aku bawa ziyad pi main2 kat play area situ..sajer sebab baba dier dok outstation memanjangkan...lain kali hafiy,kita playdate kat situ sambil gunting rambut dalam'car' seat k..by the way Elyna tu,dulu bapak dier own the NTV7...heheheh..she used to be an architect... Thu 26-Jun-2008 15:02
Posted by:naa
ye ker naa.. mana la aku tahu..kalo tak, bkn ziyad ngan hafiy, mummy ziyad ngan mama hafiy yg playdate Thu 26-Jun-2008 15:32
Posted by:mrs wan
waaa...hensem la hafiy walaopon togel.. ...asieyman rose, tak dak tips best la...samola kiter...tulaa..dot wat keja pun masa qistina dok nurseri ja..masa malam n weekend memang takleh wat keje pun... ...progress pun slow jer...ala2 enjin keta buruk... Fri 27-Jun-2008 08:17
Posted by:dot
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.