Dah lama tak dengar cite dan tengok hafiy kan????
So kat sini mama tempekkan latest pic hafiy.
Tapi angin malas nak menaip mama datang so cite nyer dipendekkan.
Meh layan gambo hafiy.
anak teruna mama dah pandai berdiri
anak teruma mama pon dah pandai duduk tegap tanpa bantuan
kalo pergi makan kat restoren pun,hafiy leh duduk dalam kerusi baby tuh
so dapat la mama dan papa makan dgn tenangnyer
(ok kita sambung lg )
tapi dalam happy cos hafiy dah leh berdiri
kelmarin mama sangat terkejut bila ambil hafiy kat nursery
teacher hafiy cakap " I nak mintak maaf, hafiy jatuh tadi"
hmm nak marahpun, benda dah jadi
tapi 'panas' jugak sebab tak call bagitau awal2
alasannya TAKUT...iskh..iskh..
sebab dan macammana hafiy jatuh tak dapat dikenalpasti
itulah akibatnya apabila bayi seusia hafiy tidak mendapat FULL SUPERVISION
mama bukan nak menuding jari kepada sesiapa..
memang kalau nak berlaku incident sebegini..
tidak mengira tempat dan siapa..
CUMA pihak bertanggungjawab
khususnya pihak pengurusan nursery
perlu lebih PEKA dengan kehendak dan keperluan yang perlu dipenuhi (cth:kekurangan kakitangan)
'hadiah' hafiy sebab cuba nak berdiri..LEBAM di telinga kiri..dan mata yang bertaik
rasa bertanggungjawab membantutkan mama menghantar hafiy ke sekolah
bimbang berjangkit pada bayi yang lain (WALAUPUN due date assignment dan mini research mama amatlah hampir)
Ntah la, malas mama nak memanjangkan isu ini.
Doa dan harapan mama..
tiada kesan 'JANGKA PANJANG' hasil hadiah hafiy dah pandai berdiri ini.(merujuk kepada perbincangan WHI bertarikh 14.11.08 yang membincangkan salah satu faktor yang menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah hyperactive kerana pernah mengalami kecederaan otak ketika bayi akibat dari jatuh).Nauzubillahiminzali'
Wallahua'lam
waah... da pandai berdiri lak ye erk.. jatuh?lebam? uih.. mnakutkan jer auntie dgr laa
Mon 17-Nov-2008 01:24 Posted by:kokokrunch
hi rose..hafiy macam dah kurus ja.. hafiy dah berdiri yeay!irfan ni walaupun tak crawl..tapi dah duduk dan berdiri jugak. risau gak pagi2 nangis nak susu mesti diri dalam cot kejut mama ngn abah